10 APRIL 2021
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai tips pemakanan yang sihat di bulan ramadan.
Penceramah program ini ialah Dr Syahrul Bariah Abdul Hamid, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Dietetik, UiTM Cawangan Selangor
Platform yang digunakan adalah Google Meet dan FB Live.
SEMPENA HARI SAMBUTAN BULAN SABIT MERAH SEDUNIA 2021
15 APRIL- 1 MEI 2021
Program ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada pelajar tentang Hari Bulan Sabit Sedunia disamping menonjolkan bakat dan kreativiti para pelajar.
Platform yang digunakan adalah Instagram.
29 APRIL 2021
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bersempena hari Nuzul Al-quran, BSMM Cabang UiTM Puncak Alam telah berjaya dilaksanakan.
Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT إِنْ شَاءَ ٱللّٰهُ
Platform yang digunakan adalah Google Meet dan FB Live.
4 MEI - 8 MEI 2021
Program ini telah dihadiri serta dirasmikan oleh yang berbahagia, Profesor Madya Dr. Badrul Isa, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.,
Turut juga menghadiri,
Yang dihormati,
Tuan Palany A/L Murugayah, Pengarah BSMM Negeri Selangor.,
Puan Fatimah Binti Sham, Penasihat Majlis Sambutan Hari Bulan Sabit Merah dan Palang Merah 2021.
Serta,
Tuan Affende Bin Zaini, Setiausaha Kehormat, Bulan Sabit Merah Malaysia, Cabang UiTM dan tidak dilupakan kepada seluruh warga BSMM.
Platform yang digunakan adalah Google Meet.
#unstoppable
#togetherweareunstoppable
Montaj Sambutan Hari Bulan Sabit Merah dan Palang Merah 2021
5 JUN 2021
Program ini bertujuan untuk menangani stress dengan cara yang betul.
Penceramah jemputan ialah Dato' Dr Hartini Binti Zainudin, MRCS Consultant dan Cik Nisa M. Aris, MRCS Liaison.
Platform yang digunakan adalah Google Meet dan FB Live.
IN CONJUNCTION WITH FATHER'S DAY! MCO 3.0
10 JUNE - 19 JUNE 2021
Program ini bertujuan untuk meraikan detik berharga bersama keluarga terutamanya ketua keluarga atau bapa bersempena Hari Bapa Sedunia.
Platform yang digunakan adalah Instagram.
Montaj Pemenang A Moment with Heroes
1 JULAI 2021
Program ini bertujuan untuk sama-sama beribadah dan semoga memperoleh fadilat serta mendapat keredaan daripada Allah SWT.
Platform yang digunakan adalah Google Meet.
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UiTM (SHAH ALAM DAN PUNCAK ALAM)
7 JULAI 2021
Program ini bertujuan untuk: -
Dr Zaiton Nasir (Pengarah Pusat Kesihatan UiTM dan Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UiTM) agar Allah berikan kesembuhan dan permudahkan urusan beliau dan keluarga.
Semua warga UiTM khususnya anggota BSMM serta ahli keluarga yang terkesan akibat daripada PKP dan Covid-19
Semua pelajar UiTM khususnya ahli BSMM yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester tidak lama lagi.
Platform yang digunakan adalah Google Meet dan FB Live.
UNTUK FRONTLINERS DAN ANGGOTA BSMM
17 JULAI 2021
Berhubung perkara di atas, akibat pandemik Covid-19 yang semakin menular, semakin ramai frontliners kita, anggota BSMM dan warga UiTM yang terkesan dengan jangkitan ini. Sehubungan itu, BSMM Cabang UiTM (Kampus Puncak Alam) bersama MNAWP mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bagi memohon kesembuhan, kesihatan dan kesejahteraan buat mereka.
Platform yang digunakan adalah Google Meet dan FB Live.